20110720

SegiTigaBulan


Kalau kau jadi bulan,
dia jadi apa?
Riba?
oh untunglah.

Kalau kau jadi bulan
aku jadi apa?
pungguk?
oh malangnya

Circle of Life.

Pagi

Lepas mandi pagi tadi, gua dressing lebih kurang dan berjalan turun ke kedai mamak bawah rumah gua. Hajatnya ialah untuk bersarapan pagi, baca surat khabar dan kalau ada member boleh la berborak sikit hal semasa.

Tapi tadi bila gua sampai kedai, takde kaki pulak nak borak.

Jadi gua pun bungkus teh tarik, beli surat khabar, naik rumah dan lalu berborak hal semasa dalam Facebook.

Gua harap benda ni tak kekal sampai ke tua.

20110717

Takdir

Kalau ini takdir,
yang dicipta Tuhan,
untuk saya,
saya tak kan tolak,
awak,
sebab,
awak,
saya,
bahagia.

Sungguh.

Saya bahagia.

Pandang langit,
juihkan bibir,
dan ucapkan cinta,
pada Tuhan,
kerana membenarkan saya,
untuk bercinta,
dengan awak.

Terima kasih, Tuhan.
Terima kasih, awak.


sources

Definiton of Life

‎"If they tell me to get a life.I'll say.. Fine,let me go get my girlfriend" - (Lelaki Amazing,2011) 

SHE is my life.


sources

If,and only If.

Kalau saya Yasmin Ahmad ;
saya akan buat satu cerita paling romantik untuk awak.

Kalau saya Fynn Jamal ;
saya akan buat satu puisi paling puitis untuk awak.

Kalau saya Nik Bin Jidan ;
saya akan buat satu lagu paling terasa untuk awak.

Kalau saya Kaisar Shah Jahan ;
saya akan buat satu istana paling indah untuk awak.

Tapi awak,
saya bukannya Yasmin Ahmad,
yang bila awak tonton ceritanya,
mampu awak terdiam sampai ke sudahnya.

Tapi awak,
saya bukannya Fynn Jamal,
yang bila awak baca puisinya,
mampu awak mengalir air mata.

Tapi awak,
saya bukannya Nik Bin Jidan,
yang bila awak dengar lagunya,
mampu awak terkatup mulut terkunci bahasa.

Tapi awak,
saya bukannyaKaisar Shah Jahan,
yang bila awak lihat istananya,
mampu awak terpegun sehingga mata terus terbuka.

Saya cuma manusia biasa-biasa,
yang mampu beri awak,
sekelumit memori,
yang biasa-biasa.

Tapi awak,
awak tetap,
yang saya,
cinta.

Selamatempatharibulan.:)


sources

allahuakbar

Kalau awak,
jadi Tuhan,
apa yang awak,
mahu lakukan?

Jangan.

Cukup saja,
jadi manusia,
yang berguna,
dan diperlukan.

Ya.

Tuhan tahu,
apa mahu mu,
cukup saja,
dengan doa.

Tuhan nampak,
siapa awak.

Jangan jadi Tuhan.


Sources