paling faktab bila awak senyap.
rasa kosong.
rasa usaha kita zero.tak berbaloi.tak dipandang.hilang semua rasa.lemah hidup,lembik badan.
you took away that one thing i hold on in our relationship.
"the chemistry"
sembang dalam phone punya lama.text sepuluh hari tanpa henti pun boleh.
but in reality,diam kelu seribu bahasa.macam borak dengan twitter.borak kosong mengharap ada orang menyampuk.
the most kosong day of my life.
taj pernah aku rasa kosong macam tu.pandangan aku kosong,termenung jauh.
kena langgar lori mati malam tu pun aku tak kisah
HERD DERP
20120924
ponder
entah abad ke berapa dia nak tahu yg blog ni masih hidup dan aku jadikan dia bahan inspirasi aku.
20120923
bukan aku tulis
Falsafah Cinta.
Difaktab oleh TheBentPencil
Her: He no longer cares about you IF he performs the disappearing act, has no regard for your feelings and it becomes all about him.
Me: kalau ikut buku John Gray, bila dia buat disappearing act tu tandanya dia nak cooling period kejap, bukan tanda tak sayang.
Her: kalau takde angin takde pokok goyang, hilang, acane?
Me: biasanya macamtu. Susah nak explain tapi tu sifat smulajadi lelaki.
Begitulah perbualan maya saya pagi tadi dengan seorang rakan perempuan. Ya, ni situasi yang agak common bagi orang bercinta dalam jangka masa panjang. Mula-mula percintaan memang indah. Lelaki sayang, perempuan sayang. Berkepit sana-sini. Tidak henti-henti bermesej, chat, video call dan sebagainya. Kemudian lepas beberapa ketika lelaki menjauhkan diri. Kurang reply calls, chat dan tweet. Sentiasa mengelak untuk menghabiskan masa bersama. Bila ada masa terluang, lebih cenderung lepak dengan kawan-kawan, saudara, ataupun berdiam diri main game dalam bilik. Si gadis pun mula rasa pelik. Adakah dia tak sayang?
Well, selagi dia tidak mencurangi anda dengan gadis lain, jangan risau, sebenarnya dia masih sayang!
Kalau anda pernah membaca buku bestseller “Menare from Mars Women are From Venus” karya John Gray, anda mungkin akan faham ini perkara biasa dan dijangka. Bak kata falsafah cinta beliau, “men are like rubber bands. When a man loves a woman, periodically he needs to pull away before he can get closer.”
Lelaki itu macam gelang getah
Sama ada si wanita ada buat salah ataupun tidak, si lelaki akan tetap juga akan menjauhkan diri sejauh-jauhnya. Ini kerana lelaki mempunyai keinginan untuk merasa bebas dan autonomi (tanpa kawalan sesiapa). Bila sudah cukup puas bersendirian, menjauhkan diri; tiba-tiba dia akan datang balik dan menagih cinta si wanita kembali. Malah dia mungkin lebih romantik dan mesra!
![]() |
| Ni sah PMS. |
Bagi orang perempuan, benda ni nampak suspicious. “Mesti ada apa-apa ni. Mesti ada orang yang lain, mesti dia tak suka aku...bla bla...” especially bila time dia menjauhkan diri, dia memang “jauh” betul. Nak ajak bercakap, taknak. Bila ditanya sayang ke tidak, sayang! Tapi bila ditanya lagi, terus marah, terus gaduh besar. Haish!
Tapi begitulah lelaki. Nak tahu tak, lelaki ada problem sikit bab “feelings” ni. Tak semua boleh buat luahan rasa macam perempuan. Malah dia pun tak tahu macam mana nak describe masalah dia, yang dia tahu, nak cooling offkejap. Tenangkan diri kejap. Yelah, asyik jaga hati si awek—manja-manjakan dia, dengar luahan dia, dengar bebelan dia, pujuk-pujuk dia, layan PMS dia, si lelaki lama-lama rasa macam dah hilang sense of self (jati diri).
Dia nak menyendiri untuk jaga hati dia pulak. Bak kata John Gray “to feel autonomy again”. Gitu.
“Awak, kenapa taknak cakap? Tak suka saya eh?”
Perempuan sukar untuk menerima perubahan mendadak si pasangan. Apatah lagi jika dia sendiri pun tak dapat explain. Tapi, janganlah buat perkara-perkara berikut kepada lelaki anda yang sedang dalam tempoh “cooling off”:
1) “Mengejar” lelaki itu sama ada secara fizikal, emosional atau mental. Fizikal—kalau lelaki tu pergi menyendiri dalam bilik ke, pergi road trip ke, duduk mamak sorang-sorang minum teh tarik ke, anda ikut walaupun tak diundang. Mental—main psikologi dengan menarik muka, jadi attention seeker, buat-buat curang dan lain-lain. Emosional—risau, asyik tanya macam-macam, desak dia bercerita, tuduh dia macam-macam, buat drama. Ataupun terlebih caring macam overly attached girlfriend.
![]() |
| Googled up OAG memes. Now cannot sleep. #badluckbrian |
2) “Menghukum” lelaki itu apabila dia kembali. Secara fizikal, emosi dan mental. Secara fizikal (ni kes orang berkahwin la), bila ajak ehem terus dia taknak. Kalau belum berkahwin, bila dia buat benda romantik contohnya bagi bunga, anda tongsampahkan. Anda tak mahu berjumpa dengan dia, layan call dan mesej dari dia. Secara emosi pula, anda menyimpan dendam dan memberi dia silent treatment balik. Dari segi mental, anda menjadi dingin dan perahsia dan tidak percaya pada dia.
“Tak ada apa-apa, jangan risau.”
Pada masa “menyendiri” ni, lelaki memang menjadi senyap. Bukan benci ke apa, cuma dia tak ada apa nak cakap. Pada masa ni janganlah buat perangai lama, merajuk dan suruh dia “teka” perasaan anda. Contohnya anda ada masalah di tempat kerja. Janganlah datang dekat dia dengan muka monyok, expect dia meluru dan tanya “apa masalah sayang? Ada orang buli sayang ya? Meh sini abang slugger kan dia!” Most likely dia tak akan perasan dan anda pulak makin merajuk!
![]() |
| Dia punya telinga ada sistem penapisan, noks. {sumber gambar} |
Walaupun dia tak cakap apa-apa, cerita je lah. Kalau dia tak respon sangat, atau respon sepatah dua, rilek je. Fahamkan yang dalam tempoh kritikal ni, dia memang tak ada apa nak dicakapkan. Kalau dia cuma respon sikit je pun, ucaplah dengan ikhlas: “thanks abang, sudi dengar.”Biarlah bila bercakap dengan dia macam bercakap dengan dinding sekalipun. Mungkin sekali bila dia kurang tertekan, dia akan mula open up dan bercerita pula.
Kalau risau sangat tentang dia, mungkinlah boleh tanya kawan-kawan dia sikit, atau stalk dia sikit (jangan sampai kantoi kat dia sudahlah). Kalau dia cuma sekadar lepak dengan member atau layan main game, biarkanlah dia. Inilah masanya untuk anda pula ambil masa untuk diri sendiri. Pergilah call kawan-kawan perempuan, ajak shopping ke, spa ke, tengok movie jiwang ke. Tak payah risaukan dia, dia ok.
Ingat, bahawa lelaki ni bukan macam perempuan. Kaum hawa kalau ada masalah memang suka story-mory. Lelaki suka senyap setel sendiri, melainkan dia nak kena pinjam duit (biasanyalah). Tapi perempuan kenalah percaya, yang letting go si lelaki adalah untuk kebaikan bersama. Bukankah orang pernah kata “if you love something let it go, if it comes back it shows, that how you knows, it’s for keeps.”
![]() |
| Eh tu lagu Christina Aguilera! |
Sekian saja untuk pagi ini daripada saya kepada anda. Maaf kalau panjang sangat. Ini adalah untuk kemudahan siapa-siapa yang belum baca buku John Gray. Seriously, jika anda mahu berkahwin atau memanjangkan hubungan percintaan anda, atau hanya sekadar nak memahami orang lain jantina, ini buku untuk anda. Assalamualaikum dan Chalo!
original : terfaktab.com
Subscribe to:
Comments (Atom)



